Wednesday, January 7, 2009

Pejuang Palestin Remukkan 7 Tank Israel

Jihad Fie Sabilillah


Zaitun - Para pejuang Palestin menegaskan bahawa mereka mampu menghancurkan tujuh tank tempur Israel jenis Merkava dengan menggunakan bom dan misil peluncur roket. Akibatnya, sejumlah pengendali Israel tewas dan luka-luka. Mereka menegaskan bahawa semua tank Israel yang menyerang Gaza akan dihancurkan seluruhnya.


Jubir Batalion Al-Quds, pejuang ketenteraan Jihad Islami, Abu Hamd menegaskan bahawa para pejuang Palestin di wilayah perkampungan Zaitun berhasil menghancurkan tujuh tank dan ada puluhan pengendali Israel tewas dan lainnya luka-luka parah. Beliau menegaskan bahawa pengendali Israel terkena dalam banyak ranjau bom.



Sebelumnya, Batalion Izzuddin Al-Qassam menegaskan bahawa mereka berhasil menghancurkan dua tank dengan menggunakan roket anti tank jenis B29.



Abu Hamd menambahkan dalam pernyataannya bahawa perang hakiki belum dimulai dan ribuan kelompok perlawanan Palestin menyebar di seluruh penjuru muka. Beliau menyatakan bahawa perlawanan Palestin baik-baik saja. Tidak banyak perlawanan Palestin yang gugur.


Justeru Israel menembak rakyat untuk menutupi kegagalan mereka. Sementara perlawanan Palestin memiliki persiapan jika operasi serangan diperluaskan.


Selamatkan Al Aqsa



Ia mengisyaratkan bahawa kesatuan pemantau perlawanan memberikan isyarat bahawa musuh Israel mulai mengevakuasi sejumlah besar pasukannya yang terbunuh dan luka-kuka di timur Gaza dengan menggunakan kenderaan pengangkut dan pesawat ke tempat mereka. Ini menunjukkan Israel mengalami kerugian besar.


sumber : Ar Rahmah.com

No comments: