Saturday, July 4, 2009

Mari Mengimarahkan



Insya`allah, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-Spin) dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap Pendidikan Islam di Malaysia.



Kongres itu, yang dijadualkan pada 11 Julai ini, bertujuan untuk menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dan membetulkan pandangan dunia terhadap pendidikan Islam yang sebenarnya.


Kongres bertemakan "Rejuvenasi Pendidikan Memartabatkan Insan" yang akan berlangsung di Auditorium Muzium Shah Alam, bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Kongres sehari itu akan berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 6.30 petang.



Selanjutnya... "KLIK SINI"


No comments: