Wednesday, May 21, 2008
Hadiahku Buat Mereka Yang Mengerti
Terimbau
Sahabat..
Memori semalam terlayar di ruangan mata
Mengisahkan pelbagai cerita
Yang di dalamnya
Ada duka, suka, kecil hati juga bermasam muka
Tidak ketinggalan
Ada bahagia dan ketenangan
Kerana ada waktu
Kita bercanda
Dan sering tersentak juga
Tentang Hari Akhirat
Lantas pergi berlalu gelak tawa kecil
Yang meriuhkan suasana
Sepi menyelubungi
Keinsafan juga mendatangi
Dan waktu itu kita bersama
Mencari buku dan mendampingi guru.
Kini segala tentang itu
Terlayar indah
Dan menitiklah satu persatu
Kesyahduan yang tidak dapat dibendung…
Saat mata memandang ke sudut hadapan
Diri sedar kisah semalam yang ditinggalkan
Menjadi pengalaman berharga
Dan perisai berguna
Suatu waktu pernah kuterfikir
Mampukah aku mewarisi kesedaran lalu
Untuk generasi hadapan
Yang sikapnya kini amat melulu
Apalagi tak tahu malu
Beranggapan dunia inilah
Tempat yang membahagiakan
Sewenangnya bertindak tanpa batasan
Dan kesudahannya adalah tangisan
Sahabat…
Berlikunya perjalanan kita
Entah bila usainya
Persediaan perlulah rapi
Agar kelak diri tidak menyesali
Di bumi hanya persinggahan sementara Cuma
Bukan ingin membuka cerita lama
Tapi sekadar tatapan semua
Betapa indahnya kebersamaan jamaah
Kerana ada satu ikatan
Yang tidak dapat memisahkan
Aqidah juga segala tuntutan
Bersama dikerjakan
Hari ini kubuka kisah semalam
Kerana rinduku menggunung dan berbuku
Menyatukan kekuatan silam
Agar penerusnya masih bersatu seperti dulu
Sahabat…
Tugasan kita belum usai
Akhir nyawa itulah ketentuan
Tiada yang dapat mendustai
Bahawa hati senantiasa inginkan kebaikan
Walau ligat anak-anak muda
Bertenggek sini sana bersuka-suka
Sedarkanlah mereka dengan suatu kata
Agar mereka tidak terus hanyut ke Neraka
Sahabat….
Sekadar mengingat diri
Mencari kekuatan dan tsabat
Dalam menjelajahi
Sesuatu yang tak disangka apalagi difikiri..
Nur Islami
14-04-2008
Sahabat..
Memori semalam terlayar di ruangan mata
Mengisahkan pelbagai cerita
Yang di dalamnya
Ada duka, suka, kecil hati juga bermasam muka
Tidak ketinggalan
Ada bahagia dan ketenangan
Kerana ada waktu
Kita bercanda
Dan sering tersentak juga
Tentang Hari Akhirat
Lantas pergi berlalu gelak tawa kecil
Yang meriuhkan suasana
Sepi menyelubungi
Keinsafan juga mendatangi
Dan waktu itu kita bersama
Mencari buku dan mendampingi guru.
Kini segala tentang itu
Terlayar indah
Dan menitiklah satu persatu
Kesyahduan yang tidak dapat dibendung…
Saat mata memandang ke sudut hadapan
Diri sedar kisah semalam yang ditinggalkan
Menjadi pengalaman berharga
Dan perisai berguna
Suatu waktu pernah kuterfikir
Mampukah aku mewarisi kesedaran lalu
Untuk generasi hadapan
Yang sikapnya kini amat melulu
Apalagi tak tahu malu
Beranggapan dunia inilah
Tempat yang membahagiakan
Sewenangnya bertindak tanpa batasan
Dan kesudahannya adalah tangisan
Sahabat…
Berlikunya perjalanan kita
Entah bila usainya
Persediaan perlulah rapi
Agar kelak diri tidak menyesali
Di bumi hanya persinggahan sementara Cuma
Bukan ingin membuka cerita lama
Tapi sekadar tatapan semua
Betapa indahnya kebersamaan jamaah
Kerana ada satu ikatan
Yang tidak dapat memisahkan
Aqidah juga segala tuntutan
Bersama dikerjakan
Hari ini kubuka kisah semalam
Kerana rinduku menggunung dan berbuku
Menyatukan kekuatan silam
Agar penerusnya masih bersatu seperti dulu
Sahabat…
Tugasan kita belum usai
Akhir nyawa itulah ketentuan
Tiada yang dapat mendustai
Bahawa hati senantiasa inginkan kebaikan
Walau ligat anak-anak muda
Bertenggek sini sana bersuka-suka
Sedarkanlah mereka dengan suatu kata
Agar mereka tidak terus hanyut ke Neraka
Sahabat….
Sekadar mengingat diri
Mencari kekuatan dan tsabat
Dalam menjelajahi
Sesuatu yang tak disangka apalagi difikiri..
Nur Islami
14-04-2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam..... tahniah. Teruskan perjuangan memartabatkan remaja Islam. Amin.x
Syukran ustaz muda..
Post a Comment