Saturday, May 24, 2008

Konvensyen Naqibat USRAH Remaja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah semalam 24 Mei 2008, saya juga beberapa Jamaah Muslimat serta NISA` dari Negeri Sembilan telah menyertai Konvensyen Naqibat Remaja anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat di Dewan Anjung Rahmat, Gombak.

Saya bersama 3 sahabat dikalangan Jamaah Muslimat Rembau iaitu Ukht Jazilah, Ukht Rashidah dan Salma menaiki satu kenderaan yang dipandu oleh Ukht Jazilah. Buat pertama kalinya saya menyertai Konvensyen Naqibat Remaja yang dianjurkan Dewan muslimat PAS Pusat.

Sekitar jam 846 minit pagi kami tiba di perkarangan Anjung Rahmat. Lama saya tak sampai ke sini. Seingat saya kali terakhir, tika sewaktu zaman mahasiswa lalu. Selainnya sekadar menumpang lalu untuk ke destinasi yang dituju iaitu UIA atau ke Cameron.

Saat awal kami tiba, agak tidak ramai lagi. Tidak lama selepas itu tanpa kami sangka, penuhlah semua kerusi yang kosong pada awalnya. Alhamdulillah kami duduk di bahagian hadapan. Jadi sedikit sebanyak dapat diberikan tumpuan dari apa yang disampaikan.

Dis sini ingin saya kongsikan sekitar aturcara program sepanjang sehari konvensyen yang disertai...


8.00 : Pendaftaran
9.00 : Ucapan aluan Pengerusi Majlis
910 : Asma`ul Husna & Nyayian Lagu PAS
915 : Bacaan Ayat Suci Al-Quran
925 : Ucapan Pengerusi Program
930 : Ucapan Perasmian
940 : Pelancaran Manhaj Usrah Remaja
945 : Persembahan Pentas / Kudapan
1025 : Pembentangan Manhaj Usrah Remaja
1135 : Sesi Soal Jawab
1235 : Tayangan Montaj
1240 : Makan Tengahhari / Solat Dzuhur
210 : DISKUSI “Memahami Jiwa Remaja : Pendekatan Holistik”
350 : Persembahan Nayid
400 : Ucapan Penutup
420 : Doa Wehdah


Begitulah aturcara yang dirancangkan pada konvensyen tersebut. Rasa bertuah kerana dapat meneyertai Konvensyen ini. Apa tidaknya, sahabat-sahabat Muslimat lain bagi Kawasan Rembau, banyak menyertai rombongan ke Kedah. Makanya saya merasa bertuah kerana dapat mengikuti konvensyen ini bersama sahabat-sahabat yang mengikuti. Alhamdulillah.

Betapa sepanjang konvensyen ini dijalankan banyak input yang diperoleh oleh saya juga insya`allah muslimat yang lain. Antara kata-kata awal yang amat menarik perhatian saya (kerana lama dah tak mendengarkan) iaitu kata-kata Pengarah Program bagi Konvensyen ini iaitu Dr Rosni Adam.. “Meninggi jangan sampai lupa diri, Merendah jangan sampai hilang maruah”. Ya memang benar kata-kata ini bagi permualaan sekan ‘warm up’ bagi peserta-peserta konvensyen ini. Kerana kita adalah pendidik kepada generasi akan datang. Selain itu maksud dari kata-kata tersebut adalah sebagai keyakinan bagi kaum muslimat memimpin anak-anak usrah dengan sebaiknya. Bukan kerana kita selaku wanita muslimah, kita bersifat terkebelakan dari kaum muslimin, malahan kita mampu lebih juga seiringan dalam merealisasikan kemantapan dalam jamaah yang kita sertai. Bukan dengan kelemahan yang ada akan tetapi dengan semangat serta keyakinan yang mendalam untuk turut sama membangunkan kendiri sebagaimana kaum muslimin tika ini, insya`allah

Seperti kata-kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika berucap merasmikan Konvensyen Naqibat Usrah Remaja tersebut .. kita tidak akan dapat merelisasikan segala apa yang diimpikan jika tiada perisai utama yang kukuh iaitu Ilmu Agama serta perlaksanaan terhadap ilmu yang ada itu. Tambah beliau untuk peserta-peserta “Jika kamu berbuat baik segalanya adalah untuk diri kamu sendiri dan begitujuga jika kamu berbuat tidak baik adalah untuk diri kamu sendiri”

Maka dari situ wajarlah sebelum membuat sesuatu tindakan, kita fikirkan bagi memperoleh imbalan yang baik. Dan dapatlah dielakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik, insya`allah. Selain itu dengan menyuburkan Fikrah Islam yang syumul dan tidak membelakangkan Kitabbullah, maka mampulah kita menerajui tugas esbagai pemimpin tika Usrah tanpa ada rasa kekok dan janggal. Dengan melaksanakan Amal Ma`ruf dan membenteras juga meninggalkan yang mungkar, adalah menjadi satu tuntutan dalam melaksanakan kehendak Agama Allah di muka bumi ini.

Untuk menjadi ketua usrah yang berjaya diri kita perlulah mempunyai sahsiah Islam yang mantap dan pokok utamanya adalah ikhlas dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Antara lain 3 aspek yang penting perlu ada ialah akhlak yang baik, ubudiyyah dan sempadan (hudud)

Sebagai contoh yang ana masih ingat yang diprkatakan oleh KDMPP ini iaitu sebatang pokok pisang. Sebelum ditebang telah ada anak pokok pisang. Tamsilan yang dibawakan ini memberi gambaran jelas bahawa apabila kita tidak ada lagi di muka bumi ini, sekurang-kurangnya, ada yang telah mewarisi ilmu yang kita ada serta mempergunakannya. Maka dengan melalui usrah, kita berupaya membentuk satu generasi yang berpengetahuan selain dengan pengetahuan ilmu yang dituntutinya tika di bangku sekolah mahupun di pusat-pusat pengajian.

Terfikir saya akan tamsilan yang dibawakan ini. Ada banyak benarnya. Kerana mungkin disebabkan saya belum pernah mendengarnya. Agak tertarik saya jadinya. Moga dapat saya pergunakan sebagai untuk mendidik diri juga sesiapa sahaja yang selayaknya. Insya`allah.
Mengenai TEEN CIRCLE CENTRE yang nama Bahasa melayunya Unit Pembangunan Pelapis telah disampaikan oleh Ustazah Teh Izanuri Jamaludin selaku penyusun buku ‘Panduan Kendali USRAH Remaja’ & buku ‘Tajuk-Tajuk Asasi Untuk Remaja Soleh’. Semua itu telah disampaikan ketiak slot ‘TAKLIMAT’ sukatan Usrah Remaja.

Pengenalan awal tenteng remaja juga ditakrifkan oleh beliau. Selain mengaitkan tentang perubahan remaja tika tiba waktunya. Teringat saya sewaktu mempelajari subjek psikologi tika zaman mahasiswa dulu. Remaja banyak ranjau dan duagaannya. Apakah kita mampu tangani perkara-perkara yang agak sensitif kini, iaiatu seprti kata beliau dalam penerangan tersebut bilangan remaja berziana dalam satu minit iaitu dua puluh orang (1 minit : 20 ORANG REMAJA YANG BERZINA) amat memeranjat bukan? Apakah tugasan kita selaku muslimat untuk menangani perangkaan tersebut? Bayangkan satu hari sahaj berapa banyak remaja yang terjebak dengan aktiviti yang merosakkan ini...
Ya, amat saya tersentak dengan kenyatan yang dikaji itu.

Dengan tindakan bersama, insya`allah kita selaku muslimah mampu menangani kes tersebut sedikit demi sedikit. Selain tanggungjawab ibu bapa dan kesedaran remaja itu sendiri dalam mengikuti kawan sosialnya. Bukan hanya mengharapkan tindakan orang lain. Malahan yang utama adalah dari diri sendiri. Insya`allah dengan melaui proses usrah yang diikuti, pihak remaja tentu akan mengelakkan diri dari terjebak dalam situasi yang tidak bermanfaat dan berdosa itu.

Seperti yang diimpikan oleh pelaksana Konvensyen Naqibat Usrah Remaja ini, iaitu menjelang 31 Disember 2008 mensasarkan 2 kumpulan usrah di setiap kawasan terlaksana begitujuga menjelang 31 Disember 2009 mensasarkan 5 kumpulan usrah di setiap kawasan wujud. Moga-moga apa yang diimpikan oleh pelaksana juga peserta-peserta Konvensyen Naqibat Usrah Remaja berjaya sama kita realisasikan.

Seperti slot-slot awal konvensyen ini, slot Diskusi pada sebelah petangnya, banyak ilmu yang dicurahkan oleh ahli-ahli panelnya iaitu Ustaz Mohd Zamri Mohd Syapiq, Ustazah Nor Hafizah Musa & juga Dr Nurul Huda Mohd Jaid.

Kami setia mengikuti hingga usai konvensyen walau banyak kerusi di belakan telah kosong menandakan ramai juga telah beransur pulang. Maklumlah datang dari kejauhan, mungkin mendapatkan tempat. Mungkin juga berkejar mendapatkan bas untuk kembali ke destinasi asal.

Segala yang dilalui semlam, insya`allah akan kami pergunakan sebaiknya. Moga diberkati ALLAh dan dapat kami laksanakan segala apa yang telah dipelajari semalam.. salam perjuangan buat sahabat-sahabat peserta “KONVENSYEN NAQIBAT USRAH REMAJA 2008”...

Salam bertemu di akan datang, insya`allah

DIPETIK DARI BLOG MUSLIMAT --->

:: www.mujahidah-fisabilillah.blogspot.com ::

No comments: