Wednesday, May 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Warkah dari Lelaki Soleh
[Dedikasi buat WANITA Muslimah]
Wanita yang aku KASIHI
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalirkan cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan hidupnya
Setiap masa
Sehingga Dia memanggilnya
Wanita yang aku RINDUI
Adalah wanita yang diwajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Disudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah
Wanita yang aku CINTAI
Yang menahan pandangan dari panahan syaitan
Sentiasa menghidupkan sunnah nabi
Biarpun namanya tidak terkenal di bumi
Tetapi di langit, dia disanjung tinggi
Wanita yang aku SAYANGI
Bersyukur dengan apa yang ada
Yang bersabar dengan apa yang tiada
Cinta kepada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata dunia
Wanita yang aku SUKAI
Adalah sejuk mata memandang
Dek terlihat keluhuran akhlaknya
Menjadi sumber ketenangan jiwa
Bila hati bergelora
Wanita yang aku IDAMI
Adalah yang mengingatkan hatiku
Kepada Ar-Rahman Ar-Rahim
Bila rohku melupai janji kepada Ilahi
Wanita yang aku SANJUNGI
Menjadi dian kepada dirinya sendiri
Menjadi pelita kepada bakal putera puteriku
Untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari
Semoga…..
Wanita yang selalu berada dalam doaku
Adalah engkau….permaisuri hatiku
Penyenang di setiap waktu
Pembantu di kala kesulitanku
Ya ALLAH temukan aku dengannya…
SETIAP AHAD HUJUNG BULAN
JAM 9.30 PAGI
PENGAJIAN UNTUK MUSLIMAT
SURAU HITAM, AMPANGAN, SEREMBAN
BERSAMA
DR ZULKIFLI MUHAMAD
-PENSYARAH USIM-
“Bersama kita Remaja Muslimat mengimarohkan”
~Insya`allah bermanfaat buat semua~
Kupasan Kitab Riyadhus Sholihin
Oleh Tn Hj Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Insya`allah akan bermula semula pada tahun 1430Hijrah
Selepas Solat Maghrib
Jam 7:30 mlm
Di Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1,
Senawang
No comments:
Post a Comment