Tuesday, August 25, 2009

Mengertikanlah.

SALAM RAMADHAN SEMUA…

Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengatakan ...

"Berpuasa pada siang hari dan berjaga untuk Solat serta berzikir sepanjang malam ataupun siang, belum dapat dikatakan taqwa yang sempurna. Bertaqwa kepada Allah bererti meninggalkan segala yang diharamkan Allah dan menunaikan segala yang difardhukan-Nya. Barangsiapa yang dikaruniakan kemampuan berbuat baik setelah taqwa, maka kebaikannya itu merupakan tambahan kepada kebaikannya."

Sunday, August 2, 2009

Saturday, July 4, 2009

Mari Mengimarahkan



Insya`allah, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-Spin) dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap Pendidikan Islam di Malaysia.



Kongres itu, yang dijadualkan pada 11 Julai ini, bertujuan untuk menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dan membetulkan pandangan dunia terhadap pendidikan Islam yang sebenarnya.


Kongres bertemakan "Rejuvenasi Pendidikan Memartabatkan Insan" yang akan berlangsung di Auditorium Muzium Shah Alam, bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Kongres sehari itu akan berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 6.30 petang.



Selanjutnya... "KLIK SINI"


Sunday, June 28, 2009

Pengalaman Dia, Iktibar Kita


Assalamualaikum Warahmatullah.

Maaf saya lama tak mengemaskini blog ini. Bukan disengajakan tetapi akibat masa yang sangat menghalang untuk saya melakukan hal itu.

Saya tidak kesempatan menyertai Ziarah kembara Kasih yang dilaksanakan oleh sahabat saya Ukht Atriza Umar bersama sahabat-sahabat lainnya.

Justeru, saya menziarahi blog beliau dan kongsikan satu entri beliau di ruangan ini. Moga kita sama mendapat pengajaran dari apa yang dikongsikan oleh beliau itu, insya`allah.

_______________

PERJALANAN YANG MEMAKAN MASA.


Seawal jam 705 minit pagi, ana bersama mak juga seorang sahabat yang bermalam di rumah, telah tiba di tempat berkumpul yang dijanjikan. Di hadapan Pusat Khidmat DUN Paroi. Agak melatah juga ana dan Ukht Faizah ini. apa tidaknya, kelibat bas juga peserta ziarah masih tidak tampak di pandangan mata kami.


Beberapa ketika panggilan dari Ukht Norwani yang selaku Pengarah Program Kembara Kasih Raudhatus Sakinah (RS) ini ana terima, memaklumkan peserta ziarah dari Pertubuhan Perkumpulan Perempuan atau lebih mesra dengan panggilan 3P, telah berkumpul semuanya. Rupanya mereka berkumpul di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya. Alhamdulillah kesabaran kami masih ada. Maka kenderaan tersebut akan menjemput kami di tempat ini.


Sekitar beberapa minit dari itu, kakak ana yang sulung yang turut sama menyertai ziarah ini tiba. Dihantar oleh abang ipar ana. Sahabat dari NISA` hadir setelah beberapa ketika adik-adik dari Sekretriat Pelajar Islam Negeri Sembilan (SPINS) tiba.


Setelah cukup peserta Ziarah Kembara kasih ini, bas yang membawa kami bergerak ke destinasi. Dalam perjalanan ketua ziarah kami memberi sedikit penerangan tujuan lawatan dan di samping itu ana juga diminta berucap selaku setiausaha ziarah ini.


Ana menerangkan serba sedikit mengenai Raudhatus Sakinah, selanjutnya objektif ziarah dan etika-etika ziarah ke RS itu mengikut pengetahuan dan pengalaman ana yang pernah berkhidmat dengan RS ini seketika.


Baca Selanjutnya [KLIK SINI]

Saturday, June 13, 2009

Ziarah, Tarbiyah & Ukhwah


LAWATAN ZIARAH, TARBIYAH & UKHWAH


RAUDHATUS SAKINAH SELANGOR

(Pusat Perlindungan Remaja Puteri di bawah kelolaan Wanita Jamaah Islah Malaysia)


ANJURAN

MUSLIMAT KAWASAN PAROI


DENGAN KERJASAMA

UNIT KAUNSELING NISA`

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


SABTU

27 JUN 2009


UNTUK PENYERTAAN HUBUNGI


UKHT NORWANI AHMAT

013-3851202


UKHT ATRIZA UMAR

013-6485597


MAKLUMKAN PENYERTAAN ANDA

SEBELUM 25 JUN 2009


Jeritan Anak Palestin, Tangisan Anak ISA


Ayah..!! kata mereka kau penjahat


Padahal sebenarnya engkau bukan penjahat


Ayah..!!, mengapa mereka jauhkan aku darimu


Mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan untuk menciumku meskipun hanya sekali


atau mengusap air mata ibu


Ibu..!!, aku melihat air mata di kelopak matamu setiap pagi


Apakah Palestin tidak berhak diberi pengorbanan..??


Setiap hari aku bertanya kepada Matahari


Ibu apakah Ayah akan kembali pada suatu hari


ataukah dia akan pergi selamanya sampai hari Qiamat


atau dia akan mengusap air mata Ibu yang terus menitis setiap hari..??


Wahai ayah, dimanakah engkau..??


Ooh..bayi-bayi yang dijajah,


kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu


dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu,


dan para syuhada berguguran setelah gugurnya Syahid yang lalu.


Sedang Ayah masih disembunyikan di sebalik jeriji besi,


dalam sel mengerikan yang tidak layak dihuni Manusia


Mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu..??,


Malulah kalian….


Malulah kalian….


Malulah kalian….


Aku ingin Ayah pulang


Dari : Anak-Anak yang Menulis Sejarah dengan Darah

(Bayangkan luahan perti ini juga dirasai oleh anak-anak tahanan ISA. Apakah tindakan kita selaku pejuang Islam?... Bersamalah kita benteras ISA yang zalim lagi kejam. Luahan anak-anak Palestin ini amat nyata di ambil oleh penjajah Tanah Negaranya yang zalim lagi kejam. Tetapi tahanan ISA itu dirampas dari keluarga, sanak saudaranya juga kemerdekaannya diragut oleh pemerintah sebuah Negara Islam. Di manakah kemuliaan seorang pemimpin yang mengaku Islam tetapi menghukum manusia yang lemah itu dengan tanpa dibicarakan?? Amatlah kejam mereka yang masih pertahankan ISA itu. BERSAMA HAPUSKAN PENZALIM YANG MENZALIMI MANUSIA ITU. PERTINGKATKAN GERAKAN MANSUHKAN ISA.. innallaha Wani`eq mal Waqiel.)

Wednesday, June 10, 2009

How to be a Succesfull Wife

1. Use your 'Fitnah' to win the heart of your husband.
All women have the ornaments that Allah blessed them
with. Use the beauty Allah Ta'ala has bestowed you
with to win the heart of your husband.



2. When your husband comes home, greet him with a
wonderful greeting.

Imagine your husband coming home to a clean house,

an exquisitely dressed wife, a dinner prepared with care,
children clean and sweet smelling, a clean bedroom -
what would this do to his love for you? Now imagine
what the opposite does to him.

3. Review the characteristics of the Hoor Al-Ayn and
try to imitate them.
The Qur'an and Sunnah describe the women in Jannah
with certain characteristics. Such as the silk they
wear, their large dark eyes, their singing to their
husband, etc. Try it, wear silk for your husband, put
Kohl in your eyes to 'enlarge' them, and sing to your
husband.

4. Always wear jewelry and dress up in the house.
From the early years, little girls have adorned
themselves with earrings and bracelets and worn pretty
dresses - as described in the Qur'an. As a wife,
continue to use the jewelry that you have and the
pretty dresses for your husband.

5. Joke and play games with your husband.
A man's secret: they seek women who are lighthearted
and have a sense of humor. As Rasulullah (saw) told
Jabir to marry someone who would make him laugh and he
would make her laugh.

6. Thank your husband constantly for the nice things
he does.
Then thank him again. This is one of the most
important techniques, as the opposite is a
characteristic of the women of hellfire.

7. An argument is a fire in the house.
Extinguish it with a simple 'I'm sorry' even if it is
not your fault. When you fight back, you are only
adding wood to the fire. Watch how sweetly an argument
will end when you just say sincerely, "Look, I'm
sorry. Let's be friends."

8. Always seek to please your husband, for he is your
key to Jannah.
Rasulullah (saw) taught us that any woman who dies in
a state where her husband is pleased with her, shall
enter Jannah. So please him.

9. Listen and Obey! Obeying your husband is Fard! Your
husband is the Ameer of the household. Give him that
right and respect.

10. Make Dua to Allah to make your marriage and
relationship successful.
All good things are from Allah. Never forget to ask
Allah Ta'ala for the blessing of having a successful
marriage that begins in this Dunya and continues on -
by the Mercy of Allah Ta'ala - into Jannah, insya`allah

Sunday, June 7, 2009

**JOM SERTAI**

Interactive Dakwah Training

(IDT)

830-530

13- 14 Jun 2009

Dewan Masjid Bukit Indah Ampang

Anjuran PERKIM

Penyertaan Hubungi

Ustaz Lim

012-3661121


~SEBARKAN~

Sunday, April 26, 2009

Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk

Tarikh

1 Mei 2009
Hari

Jumaat
Masa

8:30pg - 5:30 ptg
Tempat

Dewan Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang, Senawang, N.Sembilan

Tempat terhad !

Maklumat lanjut hubungi

Sdr Wahiduddin b Mohd Aris

Pengerusi Hidayah Center Seremban

Telefon

012-3725283

Emel

wahba06@yahoo.com

Matlamat seminar ini antara lain adalah untuk memupuk kesedaran meluaskan dakwah kepada masyarakat majmuk, menyediakan pendakwah dengan ilmu-ilmu yang perlu untuk berdakwah dan ilmu berkaitan sokongan kepada saudara baru.

ATURCARA
08:00 pg Pendaftaran dan sarapan
08:30 pg Ucapan Pengerusi Program
08:45 pg Ucapan Perasmian oleh Ybhg Sdr Muhammad Adnan Abdullah, Pengerusi GANDA ( Pertubuhan Gabungan Persatuan-persatuan Dakwah Negeri Sembilan )
09:00 pg Seminar bermula dikendalikan oleh Sdr Kamarulzaman Nor Muhammad , Jurulatih DDMM, JIM Pusat
12:00 tgh Makan tengah hari dan solat Jumaat
2:15 ptg Sessi 2
4:00 ptg Perbincangan, muhasabah dan penggulungan
4:30 ptg Solat Asar
5:00 ptg Bersurai

Peta ke Masjid Bandar Baru Senawang Klik sini

Sunday, February 15, 2009

Mari Sertai :: Moga Diredhai

“Kursus Kesedaran Wanita Islam”

Pada

1 Mac 2009

8 Pagi Hingga 5 petang

Bersama

Dato` Haji Kamarudin Zakaria

Dato` Haji Yazid Jaafar

(Pak Yazid)

Ustaz Haji Hassan Mahmud Al Hafiz

Bertempat

Surau Al Mustofa

(Surau Hitam)

Batu 3, Jalan Seremban-Kuala Pilah, Kampung Gedung Lalang Lama, Ampangan, 70400 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus

Sebarang Pertanyaan Hubungi

Cikgu Hassan Haji Md Taha

013-3426346 / 06-7636346


Wednesday, January 7, 2009

Pejuang Palestin Remukkan 7 Tank Israel

Jihad Fie Sabilillah


Zaitun - Para pejuang Palestin menegaskan bahawa mereka mampu menghancurkan tujuh tank tempur Israel jenis Merkava dengan menggunakan bom dan misil peluncur roket. Akibatnya, sejumlah pengendali Israel tewas dan luka-luka. Mereka menegaskan bahawa semua tank Israel yang menyerang Gaza akan dihancurkan seluruhnya.


Jubir Batalion Al-Quds, pejuang ketenteraan Jihad Islami, Abu Hamd menegaskan bahawa para pejuang Palestin di wilayah perkampungan Zaitun berhasil menghancurkan tujuh tank dan ada puluhan pengendali Israel tewas dan lainnya luka-luka parah. Beliau menegaskan bahawa pengendali Israel terkena dalam banyak ranjau bom.



Sebelumnya, Batalion Izzuddin Al-Qassam menegaskan bahawa mereka berhasil menghancurkan dua tank dengan menggunakan roket anti tank jenis B29.



Abu Hamd menambahkan dalam pernyataannya bahawa perang hakiki belum dimulai dan ribuan kelompok perlawanan Palestin menyebar di seluruh penjuru muka. Beliau menyatakan bahawa perlawanan Palestin baik-baik saja. Tidak banyak perlawanan Palestin yang gugur.


Justeru Israel menembak rakyat untuk menutupi kegagalan mereka. Sementara perlawanan Palestin memiliki persiapan jika operasi serangan diperluaskan.


Selamatkan Al Aqsa



Ia mengisyaratkan bahawa kesatuan pemantau perlawanan memberikan isyarat bahawa musuh Israel mulai mengevakuasi sejumlah besar pasukannya yang terbunuh dan luka-kuka di timur Gaza dengan menggunakan kenderaan pengangkut dan pesawat ke tempat mereka. Ini menunjukkan Israel mengalami kerugian besar.


sumber : Ar Rahmah.com

"Perang Hingga Akhir"

Israel dan Hamas terlibat dalam aksi yang disebut menteri pertahanan Israel Ehud Barak "perang hingga akhir" mari kita lihat pilihan yang mereka miliki.

Pertama-tama sekali apakah memang ini merupakan perang hingga akhirnya?


Boleh jadi demikian, dan boleh jadi akan lebih buruk situasinya keran jika perang sudah dimulakan, tidak mudah menghentikannya.


Tetapi tekaan yang mungkin adalah mereka akan terus bertempur hingga ada intervensi diplomatik yang dapat diterima kedua kubu tersebut, atau setidaknya berada di keadaan yang tidak memungkinkan mereka menolaknya.


Para tentera Israel laknatullah selalu mempertimbangkan dua jenis waktu dalam melaksanakan operasi peperangan.


Yang pertama memperlihatkan bahawa mereka harus mencapai tujuan peperangan yang sudah ditentukan.


Tank milik Israel
Israel memiliki lebih banyak pilihan berbanding Hamas

Yang keduanya memnampakkan banyak waktu yang tinggal sebelum tekanan antarabangsa agar gencatan senjata ditetapkan menjadi tidak mungkin untuk dihapuskan



Jam diplomatik ini berjalan seiring dengan jumlah kematian warga teraniya, dan dengan jumlah warga Palestin yang tewas demikian tinggi, kadar itu berdetik semakin kencang.


Hamas merupakan organisasi yang kurang konvensional



Para pemimpinnya sedar kekuatan mereka terbentuk oleh ideologi lawan.



Semakin menderita mereka, semakin kejam mereka berjuang, semakin tinggi dukungan terhadap mereka di Timur Tengah. Itulah dia Israel Laknatullah.



Di wilayah yang penuh dengan kemarahan terhadap Israel dan sekutu baratnya, Hamas tidak akan menerima apa-apa usul yang akan menghentikan aksi yang menurut mereka merupakan hak untuk berjuang



Kelompok ini ingin menyampaikan mesej bahawa mereka tidak berundur dan akan terus berjuang demi seluruh pihak di dunia yang marah dengan aksi kejam Israel, dan juga kerumitan sekutu baratnya.



Akan tetapi kepemimpinan Hamas sangat cerdik. Kelompok ini mungkin akan menerima kesepakatan yang membuatnya semakin diakui di layar antarabangsa dan memberi nafas baru pada pasukannya



Namun untuk ketika ini Israel masih menjalankan rencananya, mencuba untuk menguasai keadaan.



Dan Israel mendapat perlindungan dari pemerintahan Bush, yang masih memanfaatkan tembakan diplomasi di saat terakhir kekuasaannya dengan mengatakan gencatan senjata memang diinginkan, tetapi hanya jika Hamas menghentikan aksi penembakan itu.


Tika perang masih berterusan, Israel memiliki lebih banyak pilihan dibandingkan Hamas.


Perang tidak seimbang


Israel memiliki ketenteraan yang kuat dan moden. Hal ini tidak bererti kemenangan standart ketenteraan sudah pasti menyebelahi mereka, kerana jika sudah tentu sedari awal tentu Iraq sudah menggempur Gaza sejak dahulu.



Gedung Gaza digempur Israel
Israel memiliki ketenteraan modern

Perang di Gaza, seperti juga banyak konflik lain di dunia tika ini, merupakan pertempuran antara si kuat dan si lemah.


Para pakar strategi menyebutnya perang 'asimetris' atau tidak seimbang.


Dalam perang seperti ini, kubu yang lemah sedar mereka tidak punya harapan untuk mengalahkan si kuat dalam perang frontal.



Jadi, mereka berusaha memperkuat kemampuan yang dimiliki dan mempergunakan segala daya yang ada untuk menyerang pihak pengancam.


Contoh yang paling ekstrime adalah pukulan luar biasa yang dihasilkan oleh sekelompok kecil pengusaha yang menghancurkan kapal terbang komersial di Bangunan World Trade Center 11 September 2001 yang lalu.



Hamas ingin menghentam Israel sekuat mungkin dan telah mengancam untuk mengerahkan pengeboman bunuh diri dan juga roket. Tetapi organisasi ini ingin juga membuat serangan bals kepada Israel.



Sejak tekanan antarabangsa terhadap israel dimulakan dengan jumlah kematian yang tewas dari kalangan warga Palestin, satu caranya adalah berkonsentrasi dalam perang media. Kerana itu adalah kewajipan atau tugas kita selaku saudara seagama.



Ini sangat bererti dalam perang tidak seimbang


Menang dalam perang media di dunia yang tidak pernah berhenti dari komunikasi terus, merupakan bahagian besar dalam menghentikan perang.



Ketika Jenderal Wesley Clark dari Amerika menjadi ketua pasukan Nato di Kosovo tahun 1999, dia sentiasa memasang siaran tv berita di pejabatnya selama 24 jam.



Israel untuk saat ini melarang wartawan antarabangsa memasuki Gaza. Namun sedayanya, ancaman yang diberikan itu tidaklah patut kita ikut.



Garis yang konsisten



Negara itu juga menyatakan sebahagian besar Wilayah Israel di perbatasan Gaza sebagai zon ketenteraan tertutup yang memberi kekuasaan kepada tentera untuk mengusir para wartawan.


Ibu dan anak Palestina
Jumlah warga yang diancam tewas. Israel mendapat tekanan

Juru cakap Israel di seluruh dunia terus mengemukakan pernyataan yang konsisten.



Mereka berulang kali, tanpa lelah, menegaskan bahawa Israel bertindak untuk membela diri, bahawa wilayah kedaulatannya dilanggar oleh serangan roket dan bahawa negara manapun yang berada dalamkeadaan itu akan melakukan hal yang sama.



Selain pernyataan menteri pertahanan mengenai perang hingga akhir, nampaknya ada upaya lain untuk tidak mempergunakan kata-kata yang bombastik.


Hal ini berbeza terjadi dalam perang di Lebanon tahun 2006, membebani Israel dengan visi kemenangan yang sangat tidak mungkin tercapai.



Namun Israel juga ada mengirim mesej lain.


Negara itu menyerang simbol-simbol kekuasan dan prestise Hamas, seperti Universiti Islam di Gaza.



Israel yakin mampu merosak posisi Hamas sehingga tidak akan melontarkan roket melintasi garis perbatasan.



Negara ini menanda satu cara untuk memisahkan kepemimpinan Hamas dan pendukung utamanya dari warga Palestin di Gaza adalah dengan memperlihatkan betapa besar kerosakan yang dideritao oleh warga akibat tindakan Hamas. Hal itu nampaknya tidak akan terjadi.


Bagi warga Palestin, apa yang dikatakan oleh Israel soal serangan itu adalah hinaan terhadap semua pihak termasuk kita. Untuk Israel sendiri, ianya bukan hanya bertujuan menggalahkan Hamas semata.


Tetapi, negara itu ingin menghilangkan rasa ragu terhadap krediabiliti ketenteraan Israel yang tercipta sejak dipaksa berperang hingga akhir oleh Hizbullah Lebanon tahun 2006.



Israel mengatakan mereka hanya memperbaiki kekuatan ketenteraan. Hakikat, ertinya mereka ingin membuat calon musuh takut akan kemungkinan aksi yang di lakukan oleh Israel.

Perjuangan KITA

Wednesday, December 24, 2008

Pengajaran Kehidupan

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..


Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan... satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan.. .dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....


Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak..


"Ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. ..sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak..." katanya keras...al-Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara...pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya. ...


10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh dan hidupnya tidak tenang pada hakikatnya...


Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira-kira setiap hari...telefonnya berdering... dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...


Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya... al-Quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan langkahnya menuju ke situ .......mengambil al-Quran itu..membeleknya dengan penuh keharuan...


Dan tiba- tiba...jatuh sesuatu dari al-Quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-Quran tersebut...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...


Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya. 10 tahun dulu .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..'hadiah teristimewa utk putera kesayanganku'


...air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .namun semuanya sudah terlambat...


Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati???


wallahu'alam

Sunday, December 7, 2008

HAYATILAH

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selesai Solat, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, ataubiri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Allah.

Usai solat, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong menziarahi perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Semoga kita mendapat sebenar-benar pengertian dari Aidil Adha juga pengorbanan yang dilakukan, insya`allah.

:: Perjuangan Selamanya ::

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya mewakili NISA` Seremban, ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Mohon Maaf Zahir dan Bathin.

Semoga kita menghayati sebenar-benar erti pengorbanan. Bukan setakat hanya menyambutnya, tetapi teruskanlah perjuangan ini selamanya. Selagi hidup.

Salam buat sahabat-sahabat perjuangan, NISA` Negeri, Muslimat juga yang lain-lainnya.

Thursday, December 4, 2008

Betapa Merealitikan Kata

Assalamualaikum warahmatullah.

Bukan saya menghilang, tetapi banyak tugasan juga agenda selama bebarap bulan mendatang ini. Maaf sangat yang amat diucapkan buat sekalian yang melawati laman blog saya ini.

Macm-macam yang telah saya juga ahli-ahli rancangkan untuk direalisasikan. Moga-moga sedikt sebanyak dapatlah saya realitikan sebelum berlabuhnya tirai 1429 Hijrah ini.

Tugas seharian seperti waktu selalu, saya sentiasa memerhatikan laman-laman blog sahabat-sahabat seperjuangan fi sabilillah. Tidak ketinggalan pada laman `yang menyangka dialah serba hebat apalagi kuat`

Tidak ingin berbicara panjang, kunci telah ditempatnya, hanya ketika awal-awal ini, saya perlu memanaskannya untuk bergerak laju, merealisasikan semua ini.

Harapan diri ini, kepada sahabat-sahabat NISA` Negeri Sembilan, Negeriku... gerakkanlah perjuangan yang dipikuli. Janganlah terus sepi begini... sampai bila??? Saya sedia bersama dalam perjuangan ini.

Akhir kata buat kali ini.. SALAM PERJUANGAN JANGAN TAKUT JANGAN GENTAR (meminjam kata-kata di http://mujahidah-fisabilillah.blogspot.com)